kehangatan semakin melanda apabila petengkaran mula berlaku~~
kehangatan daripada berkawan terlalu asyiknya sehingga menyebabkan ada hati yang terluka dan terguris lalu memencilkan diri~~
kehangatan melanda apabila cinta yang diinginkan dari sahabat sendiri ditolak begitu sahaja tanpa diberi peluang~~
kehangatan semakin menjadi-jadi apabila ada rakan yang menjadi gunting dalam lipatan atau menikam dari belakang kepada sahabat yang telah lama dikenalinya~~
kehangatan mula meledak apabila perselisihan dari luar dipebesar-besarkan sehingga menyebabkan terputusnya sebuah persahabatan~~
kehangatan mula tercetus apabila orang yang tiada kepentingan dalam persahabatan campur tangan~~
kehangatan menonjolkan diri diantara rakan-rakan sendiri mula meluak-luak apabila konflik pihak berkepentingan mula melanda~~
kehangatan api kemarahan menjadi-jadi apabila kisah lama yang diungkit menjadi faktor utama ketegangan sebuah persahabatan~~
wahai rakanku~~
setiap detik hanya dirimu difikirkan~~
memikirkan tentang kenangan yang telah tercipta~~
memikirkan isi hati mu ketika ini~~
memikirkan keegoan mu yang terlalu tinggi~~
kenapa kehangatan ini berlaku???
tanya diri sendiri~~
akan tetapi.....
kehangatan ini mula terpadam apabila terjawabnya sebuah tanda tanya tentang kesalahan yang dilakukan~~
kehangatan ini hilang apabila memikirkan tentang cita-cita dan masa hadapan yang lebih penting daripada konflik yang melanda~~
kehangatan terhenti apabila memikirkan sahabat merupakan dikalangan orang yang kita sayangi~~
dan.....
kehangatan menjadi sejuk apabila ada rakan yang sentiasa disamping kita walaupun dilanda masalah yang besar~~
pesanan kepada sahabatku.....
hargailah orang yang berada disekeliling kita, jangan nanti dia telah tiada, baru kita mula menghargainya~~
janganlah hukum orang tanpa engkau menyatakan kesalahannya, kerana ianya akan menyiksa jiwa insan yang kau hukumi~~
dan....
tegakah engkau melupakan erti persahabatan dek kerana sakitnya hatimu terhadap rakanmu walaupun dialah merupakan tempat engkau meluahkan masalah, berkongsi cerita, dan tempat engkau mencari keseronokan walaupun hatimu sakit dengan gurauannya~~
sumber : tak ingat~
sumber : tak ingat~